SOAL JAWAB DUA PAKAR HADITH MENGENAI "WAHABI"


SOAL JAWAB DUA PAKAR HADITH

TAJUK  : KECELARUAN “WAHABI” TERHADAP ILMU HADIS

HUJAH : Ulama' Hadith Malaysia Maulana Hussien Abdul Kadir (Catatan dari Al-Faqir Mudir Mtdhs Darul Hadis Sabah)

HUJAH BALAS: Dr. Faisal Ahmad Shah, Pensyarah  Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, UM

 
BIL HUJAH
BUTIRAN HUJAH
HUJAH 1
Imam-imam mazhab menerima hadis-hadis dari sahabat dan tabiin dan mengkaji halus setiap hadis untuk diterima hujahnya dan buat hukum feqah untuk kita beramal.
HUJAH BALAS 1
Golongn yg dikatakn “wahabi” pun bersetuju.
HUJAH 2
Justeru amalan berterusan dari imam mazhab tersebut diamalkan kita sampai hari ini.
HUJAH BALAS 2
Golongn yg dikatakn “wahabi” pun bersetuju.
HUJAH 3
Pengikut imam mazhab yang empat tadi juga adalah alim dalam ilmu hadis seperti Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-'Asqalani yang mensyarahkan Sahih Bukhari iaitu Fathul Bari bermazhab syafie. Juga Imam Badrudin 'Aini yang mensyarahkan sahih bukhari Umdatul Qari juga ikut Ijtihad Imam Abu Hanifah. Mereka ini orang-orang hebat yang ikut Imam Mazhab.
HUJAH BALAS 3
Golongn yg dikatakn ”wahabi” pun bersetuju.
HUJAH 4
Pengikut Imam Mazhab juga alim besar dan ada yang mencapai tahap mujtahid juga seperti anak murid Imam Syafie seperti Imam Muzani.
HUJAH BALAS 4
Golongn yg dikatakn ”wahabi” pun bersetuju.
HUJAH 5
Sekarang apa yang pelik ialah munculnya golongan yang sebut hanya nak amal Quran dan Sunnah namun mengambil nas hujjah dari Imam yang keras dalam penilaian Hadis. Seperti Imam Ibnu Jauzi, Ibnu Hibban, Ibnu Taimiyah, Ibnu Qayyim, Imam Jauzaqani yang dianggap sekumpulan muhaddisin yang keras dalam penilaian hadis.
HUJAH 6
Sedangkan ada ulamak hadis yang sederhana dan adil dalam penilaian seperti Imam Ibnu Hajar dan Imam Zakaria Al-Ansari.
HUJAH BALAS 5 DAN 6
No 5 dan 6 berkaitan dgn kaedah penilaian hadith. Ia adalah ijtihadi. Setiap ulama hadith yg berautoriti akn menghukum hadith mengikut kepakaran, kemahiran dan keilmuan mereka. Dalm hal ini ada ulama yg keras (mutasyaddidin) ada yg sederhana (mu'tadilin) dan ada yg mutasahilin (mudah). Yg terbaik ambil pandangan ulama mutaqaddimin dn mu'tadilin jika terdapat pertentangn hukum. Tetapi jika hukum itu datangnya drp para ulama yg dianggap mutasahilin spt alhakim, imam alsuyuti dll maka kita tidak boleh bergantung dgn hukum mereka. Kena cari pndangn ulama yg lain utk dibandingkn
HUJAH 7
Ada hadis yang mencapai Hassan dan Dhaif yang sah disisi muhaddisin muktadil dianggap oleh puak-puak tertentu sebagai hadis maudhuk pada penilaian ulamak yang keras (Mutasyaddid) lalu menghukum amalan tersebut salah dan menyalahkan amalan masyarakat.
HUJAH 8
Jika benar nak amal Quran dan Sunnah, ikhlas nak mengajar hadis mesti bawa keseluruhan disiplin ilmu hadis dan bawa akhlak Rasulullah SAW. Pastikan hadis yang nak dimaudhu'kan itu adakah ia dimaudhu'kan oleh jumhur muhaddisin atau tidak. Atau ia hanya dimaudhu'kan oleh hanya beberapa muhaddis sahaja.
HUJAH 9
Jika hadis itu disepakati muhaddisin sebagai maudhu' maka xsalah menyebarkan kepalsuannya bahkan sepatutnya kita bagitahu ia palsu. Namun jika status maudhu'nya masih khilaf, kita jgn cepat sangat sebar kepada masyarakat.
HUJAH BALAS 7,8,9
No 7, 8 dan 9. - berkaitan hadith maudu' , ana tak pernah dengar pula hadith maudu' mesti disepakati sbg maudu'  barulah boleh diberitahu pd masyarakat. Pd ana penilaian hukum hadith maudu' atau tak maudu'  bukan berdasarkn jumhur yg mnghukumkannya sbg maudu' tetapi berdasarkn fakta dan dalil yg kuat walaupun ulama yg mnghukumknnya sedikit. Bukan ramai sedikit yg diambil kira tetapi kekuatan hujah dn fakta. Dlm hal ini kalau ulama awal spt imam albukhari, ibn main , abu hatim alrazi dll menghukumkn maudu' maka itulah yg lebih tepat walaupun khilaf dn tiada kesepakatan. Banyk hadith yg tidak dikenali di zaman awal tiba tiba muncul kemudian. Ini antara tanda tanda tidak berautoritinya hadith tersebut. Sekrng ni ada golongn yg cuba mewajarkn penggunaan hadith hadith seperi kisah alqamah, tuntutlh ilmu ke negeri cina dll.
HUJAH 10
Contoh hadis الموت كفارة لكل مسلم . Imam Ibnul Jauzi dan Saghani kata hadis ni maudhu'. Sedangkan Ibnu Al-'Arabi menegaskan hadis ini sahih. al-'Iraqi kata riwayat ni datang dengan banyak jalur riwayat yang membawanya sampai darjat hasan. al-Hafiz Al-Iraqi menghafaz 100 ribu hadis berserta sanad dan dianggap ulamak hadis yang bersikap sederhana.  Kata Ibn Hajar, hadis ini xbermaksud mati itu hapus segala dosa muslim, namun ia penghapusan dosa sekadar yang dikehendaki oleh Allah Taala sahaja. Maka ia tidak bercanggah dengan nas.(Al-Fawaid Al-
Majmu'ah Lis Syaukani)
HUJAB BALAS 10
Berdasarkn keseluruhn sanadnya hadith ini hukumnya daid jiddan. Lihat apa kata alhafiz IBN HAJAR: guru kami alIraqi telah mngumpulkan kesemua jalur sanad hadith ini dlm sebuah buku. Yg sahih drp kesemua sanad ini ialah hadith riwayat Hafsah bint sirin drp Anas r.a dgn lafaz penyakit taun itu adalah kaffarah bg setiap muslim. Hadith riwayat albukhari.
HUJAH 11
Hari ni golongan yang cepat menyalahkan sesuatu kitab sedangkan mereka pun gagal nak buat dan tulis satu kitab setanding kitab yang dipersalahkan. Contoh salahkan Fadhail Amal tak boleh baca. Walhal Maulana Zakariya Kandahlawi yang mencapai gelaran Syeikhul Hadis dan Ra'isul Muhaddithin. Bahkan mengarang pelbagai kitab antaranya Kanzul Mutawari syarah Sahih Bukhari dengan puluhan jilid satu tajuk yang menulisnya.
Jika sekadar ada Hadith Dhaif dan kesilapan lalu dihentam, maka kitab mana lagi yang hendak dibaca. Kitab Sunan juga ada Hadith Dhaif. Bahkan kitab sehebat Al-Bukhari  tidak lepas dari kritikan oleh ulamak beraliran keras seperti ibnul Jauzi yang mengatakan hadis didalam Sahih Bukhari sebagai Dhaif. Bahkan ibnul jauzi menyebut imam Tirmidzi muatkan 17 Hadis Maudhuk dalam kitabnya.
Namun Ibnu Hajar jawab balik dengan menghukumnya Hasan dan Dhaif.
HUJAH BALAS 11
Kitab fadail al'mal telah terbukti mngandungi bnyk hadith hadith yg tidak berautoriti. Kalau di saudi jemaah tabligh mereka tidak anjurkn kitab fadail ala'mal. Mereka anjurkn kitab riyad alsalihin karangn imam alnawawi utk dibaca. Ini lebih baik. Boleh rujuk kajian di peringkat MA dn PhD berkaitan kitab fadail al A'mal krangn maulana zakariya. Gelaran syeikh hadith tidak mnjamin seseorng tokoh itu sentiasa betul. Ulama tidak maksum. Sbgaimana disebutkn imam albukhari pun dikritik apatah lg maulana zakaria. Kritik mengkritik dgn metode dn fakta serta beradab bukan dgn emosi sgt dianjurkn. 
Tntg kitab kitab dahulu yg memasukkn hadith hadith daif dlm karya-karya mereka ada bnyk faktor. 1. Mereka mengemukakn sanadnya. 2. Mereka kemukakn hadith daif sbg sokongan sahja. 3. Mereka kemukakn hadith daif kerana tiada hadith sahih yg lain melainkn hadith daif. Dan bnyk lg faktor. Zaman awal ulama dulu berusaha mngumpulkn sebnyk mungkin hadith supaya tidak hilang. Setiap zaman ada keperluan masing masing. Zaman skrng pd ana adlah zaman penapisan dn penyaringan kerana bnyk kemudahan berbnding dulu.
HUJAH 12
Jika Fuqaha Muhaddisin dan Muhaddisin Muktadil dahulu dah amal, apa lagi yang kita nak pertikaikan. Kerana mereka sudah menilai dengan ilmu yang mencukupi dengan syaratnya. Namun kita pula sibuk-sibuk cungkil semula sedangkan syarat ilmu tak cukup. Sebagai contoh hanya membawa satu pandangan dan aliran pandangan walhal meninggalkan pembelaan ulamak seperti Al-Hafiz Ibnu Hajar.
HUJAH BALAS 12
jika dpt dikemukakn contoh adalah lebih baik. Tiada seorng pun mmpertikaikn kehebatan ibn hajar malah beliau dianggap amir mukminin fi alhadith.
HUJAH 13
Ulamak-ulamak dahulu memudahkan penyampaian kepada masyarakat untuk diamalkan sesuatu hadis dengan diringkaskan. Kerana mereka memahami setakat mana kemampuan masyarakat dalam menyerap ilmu. Hal ini bukan bermakna ulamak-ulamak seperti ulamak alam Melayu dulu jahil dibidang Hadis. Namun mereka sebenarnya bijak dalam ta'lim.
HUJAH BALAS 13
Tiada siapa yg kata ulama melayu dulu jahil dlm bidang hadith. Tetapi realitinya ilmu hadith tidak terdedah dn berkembang dgn sepatutnya di nusantara ketika itu. Buktinya bidang bidang utama yg tersebar di alam melayu ketika itu adalah fiqh, akidah dn tasawuf. Kajian juga mmbuktikan karya karya besar kitab jawi terdahulu bnyk juga mngandungi hadith hadith yg tidak berautoriti termasuklh hadith palsu. Bolh lihat kajian di peringkt MA dn PhD tntg takhrij kitab kitab jawi.
HUJAH 14
Akhirnya sebagai awam rujuklah pakar-pakar ilmu dan luaskanlah pengajian. Semoga Allah memberkati kesungguhan kita mencari ilmu.
HUJAH BALAS 14
Sangat setuju dn tambah sikit. Sudah sampai masanya masyarakat kita didedahkn dgn hadith hadith sahih melalui pmbacaan kitab kitab hadith sahih yg dikarang oleh imam bukhari, muslim dn kitab kitab berautoriti yg lain. Nak beramal dgn hadith daif dipersilakn tetapi kita tidak boleh sama sekali menisbahkn amalan tersebut kpd nabi SAW. Itulah kekurangnnya jika beramal dgn hadith daif. Lg satu nk beramal dgn hadith hadith daif perlu memenuhi syarat-syarat yg ditetapkn oleh ulama.

 

Comments